Objektif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia

Objektif penubuhan MATRADE ialah untuk meningkatkan profil pengeksport Malaysia di pasaran luar negara; menyebarkan maklumat dan risikan pasaran yang terkini dan relevan supaya syarikat-syarikat Malaysia mampu bersaing dalam pasaran asing; memperkenalkan syarikat-syarikat Malaysia kepada pengimport asing yang mencari pembekal dari Malaysia; dan menjalankan aktiviti-aktiviti mempromosi barangan eksport dan perkhidmatan Malaysia ke pasaran luar negara.[5]